Friday, April 5, 2019

Makan Minyak ke Orang Minyak?

Minyak Zaitun rendah saturated fat tapi tinggi MUFA (71-75%) dan sederhana pada PUFA (9%)

Apa pula la MUFA & PUFA tu?

MUFA ni monounsaturated fat (omega 9). Menurut Dr Zubaidi Ahmad dalam perkongsian beliau di UTM tahun lepas, terdapat kajian membuktikan MUFA memang membantu menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular.

Selain itu, MUFA juga dapat membantu untuk menormalkan kadar gula dalam darah. Tentunya berita baik buat penghidap diebetis.

PUFA pula ialah polyunsaturated fat iaitu omega 3 & 6. Omega 3 & 6 ni baik untuk perkembangan otak anak-anak dan kesihatan mental kita.

Ramai pakar bersetuju 'Minyak Sihat' yang juga sangat baik untuk kesihatan adalah Minyak Zaitun dan disyorkan pengambilan min 2sudu (23gm) pagi setiap hari dalam diet harian.

Dalam diet Mediterranean, pengambilan minyak zaitun dalam diet harian boleh mencecah sehingga 100gm sehari atau lebih.

Inilah rahsia kehidupan sihat masyarakat Mediterranean kerana minyak zaitun bersifat antikeradangan selain kaya nutrisi yang diperlukan tubuh.

Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat.

#olivielover
#OLIVEHOUSEKualaTerengganu

No comments:

Post a Comment

MINYAK ZAITUN DAN JANTUNG . Minyak zaitun sememangnya dikenali sebagai salah satu sumber terbaik asid lemak monotaktepu, iaitu sejenis l...